Tuesday, March 16, 2010

"Muntahlah atas tangan Amid"

"Muntahlah atas tangan Amid."

17 tahun dulu.

PETANG itu, di serambi rumah usang milik keluarga kami di
Kuala Terengganu, saya duduk bersila berhadapan dengan adik
bongsu, Amid atau nama sebenarnya Syed Mohammad Nazri Syed Bidin.

"Kenapa kau nak berhenti sekolah?"

> soal saya.Amid menundukkan kepala dan membisu.Saya tidak puas hati. Sekali lagi
> saya ulang soalan yang sama."Amid tak nak sekolah sebab nak jaga emak.
> Amid nak jaga emak sampai akhir hayat," jawab Amid dengan lembut, tetapi
> tegas.
> Saya tersentak mendengar jawapan Amid.
> "isshhh. betul ke budak ni? Baru darjah enam, masa seronok
> budak-budak pun masih belum habis," hati saya berkata kata.
> "Cakap betul-betul dengan abang. Kenapa tak nak sekolah? Ada budak jahat kacau ke?"
> pujuk saya lagi. Saya tidak mahu Amid berhenti sekolah kerana tidak tahan dengan gangguan budak-budak
> nakal.>
> "Betul bang, Amid tak tipu. Amid tak nak sekolah sebab
> nak jaga emak.> Nanti kalau Amid belajar
> pandai-pandai, kena duduk jauh dari mak. Amid tak nak
> tinggalkan mak,"
> katanya separuh merayu.
>> Melihat kesungguhannya, saya jadi buntu. Nampak gayanya,
> Amid tidak bergurau.>
> "Betul ke ni?"
> soal saya masih tidak percaya.
> "Betul,"
> balas Amid pula tanpa ragu ragu. "Suka hati adiklah,"
> kata saya selepas lama termenung.
>
> Mendengar jawapan saya, Amid tersenyum lalu meminta izin untuk masuk ke dalam rumah.
> Saya termenung di serambi. Kata kata Amid itu benar-benar
> memberi kesan terhadap jiwa saya. Kecil-kecil lagi sudah ada
> kesedaran mahu berbakti kepada emak.
>> Tetapi, peristiwa itu berlaku 17 tahun dulu. Kini Amid
> sudah dewasa, umur pun sudah mencecah 29 tahun.
> Saya tidak lagi ragu-ragu terhadap
> Amid. Memang betul, Amid tidak mahu bersekolah dulu kerana
> mahu menjaga emak. Amid tidak bergurau. Amid telah
> membuktikan kepada saya dan adik beradiknya yang lain,
> memang dia ikhlas mahu menjaga emak.
>
> Memang tidak dapat dinafikan, di antara kami Sembilan
> beradik, Amidlah anak yang paling taat terhadap emak.
> Tingkah lakunya, tutor katanya, begitu tertib ketika bersama
> emak atau orang yang lebih tua darinya. Seumur hidup, saya
> dan adik-beradik lain tidak pernah
> melihat Amid bersikap atau bercakap kasar terhadap emak.
> Apa saja keputusan atau kehendaknya, Amid akan merujuk
> kepada emak terlebih dahulu. Emaklah yang akan memutuskan. A
> kata emak, A jugalah katanya. Hitam kata emak, hitamlah kata
> Amid.
> Saya sendiri, termasuk adik beradik
> lain tidak mampu untuk bersikap seperti Amid.
> Pernah juga saya mengajak Amid bekerja di Kuala Lumpur
> mencari rezeki di sana, tetapi dia menolak.
> Katanya, biarlah dia tinggal bersama emak.
> "Kalau semua pergi, sapa nak jaga emak?
> Sapa nak uruskan lembu kambing? Kakak?
> Dia perempuan. Mana larat buat
> kerja yang berat-berat.>
> Lagipun takkan nak biarkan rumah ni
> tak ada lelaki?"
>> "Abang dan kakak pun dah ada keluarga
> masing-masing.
> Abang Usop dan Abang Mat pula dah
> duduk di KL.
>> Jadi, biarlah Amid duduk di kampung
> aja. Kerja jaga kambing dan lembu pun tak
> apalah,"kata Amid kepada saya.
>
>> Setiap kali saya mengajak, pasti jawapan Amid sama.
> Lama-kelamaan saya mengalah.
>
> Kami adik-beradik sudah faham perangai Amid. Saya tahu,
> pasti Amid tidak akan setuju untuk ke Kuala Lumpur.
>
> Amid dan emak bagaikan isi dengan
> kuku. Bagaikan satu nyawa. Tidak boleh berpisah. Dia lebih
> rela menjadi gembala lembu daripada meninggalkan emak yang
> sudah tua itu.
>
> Bukan itu sahaja, dalam hal-hal makan minum pun, Amid tetap
> akan mendahulukan emak.
> Sekiranya dia membawa pulang
> kuih-muih yang dibeli dari pekan, janganlah sesiapa sentuh,
> selagi emak tidak menjamah terlebih dulu.
>> Ada kalanya saya perasan, emak
> menjamah sikit makanan itu, semata-mata untuk menjaga hati
> Amid.
>
> Jika Amid berkenan untuk membeli sesuatu barangan, dia
> tidak akan terus membelinya. Amid terlebih dulu akan pulang
> dan meminta izin emak untuk membeli barang tersebut.
>
> Sekiranya emak mengizinkan, barulah
> dia beli barang itu. Jika tidak, dia tidak akan beli,
> biarpun barangan itu memang dia inginkan.
>
> Ketika emak terlantar sakit dan hampir lumpuh, Amidlah yang
> menjaganya. Kami adik-beradik ketika itu benar-benar
> mengharapkan Amid sebagai anak lelaki untuk menjaga
> emak.
>> Maklumlah, kami di Kuala Lumpur.
> Tetapi Amid memang tidak mengecewakan kami.
> Cerita emak kepada saya, setiap malam Amid akan tidur
> berdekatan emak di ruang tamu rumah tempat emak terbaring.
> Tidak pernah sekalipun dia tidur di biliknya selama emak
> terlantar.
>> Pantang terdengar emak bergerak Mau
> terbatuk di tengah malam buta, Amid pasti terjaga.
>> "Kenapa mak?
> Mak nak buang air ke?
> Lapar? Mak nak minum?"
> Amid akan bertanya pada emak.
>> Sekiranya emak mahu buang air, Amid akan memapahnya ke
> bilik air.
> Jika emak mahu minum, dia akan
> menyediakan minuman. Kalau emak pening, Amid akan
> memicit-micit kepala emak sehingga orang tua itu
> terlena.
>
> Jika emak menggigil kesejukan, Amid
> akan menarik selimut menutupi tubuh emak daripada kedinginan
> malam. Satu malam, cerita emak kepada saya lagi,
> ketika sedang berbaring, tiba-tiba
> dia berasa pening kepala. Lalu emak pun mengadu pada Amid
> yang sedang berbaring di sebelahnya.
> Amid bingkas bangun lalu memicit micit kepala emak.
> Tiba-tiba, emak terasa nak muntah sangat-sangat.
> Amid yang baru saja bangun untuk
> mengamhil besen, apabila melihatkan keadaan emak,
> membatalkan hasratnya ke dapur.
>
> Amid segera berteleku dihadapan
> emak lalu menadah tangannya, meminta emak muntah di telapak
> tangannya.
>
> Berlambak muntah emak di telapak
> tangan Amid. Tetapi, Amid sedikit pun tidak kisah atau
> berasa geli-geleman.
>> Apabila mendengar cerita emak, saya sendiri yang menitis
> air mata.
> Memang, Amid sanggup berbuat apa
> sahaja untuk emaknya. Sehingga kini, apabila saya
> teringatkan peristiwa itu, air mata pasti bergenang.
>
> Sebak hati saya apabila emak
> menceritakan bagaimana Amid melayannya ketika dia sedang
> terlantar sakit.
> Pengorbanan Amid terhadap emak memang tidak mampu dilakukan
> oleh adik-beradik yang lain termasuk saya sendiri.
>
> Di samping itu, Amid juga
> bertanggungjawab memberi makan lembu kambing sebanyak 30
> ekor. Semuanya Amid laksanakan tanpa bersungut. Amid menjaga
> emak sehingga sembuh sepenuhnya.
> Semenjak berhenti sekolah, sehingga ke usianya hampir
> mencecah 30-an, rutin hidup Amid tidak pernah
> berubah.
>
> Pagi, Amid akan ke kebun dan
> selepas solat Zuhur, dia akan pulang untuk makan tengah
> hari. Sementara menunggu petang
> menjelang, dia akan tidur sebentar melepaskan lelah.
> Kemudian, selepas solat Asar, Amid akan keluar semula. Dia
> akan ke kebun yang jaraknya kira-kira dua kilometer dari
> rumah untuk memastikan lembu kambing yang
> sudah kekenyangan itu dimasukkan semula ke dalam kandang.
> Begitulah kehidupan Amid seharian. Biarpun ketika Itu,
> usianya sudah cukup matang untuk mendirikan rumah tangga,
> namun dia langsung tidak terfikir ke arah itu.
> Katanya pada saya,
> buat masa ini, cukuplah seorang
> wanita bergelar ibu di dalam hidupnya.
>>
> Khamis 7 Oktober 2004. AJAL dan maut di tangan Tuhan.
> Tidak ada sesiapa yang mampu
> menolak ketentuan Ilahi. Saya sendiri tidak menyangka, hari
> itu, Amid akan meninggalkan kami buat selamanya.
>
> Terlalu cepat rasanya Amid pergi
> terutama dalam usianya yang masih muda.
> Amid meninggal dipanah petir.
>
> Ceritanya begini.
>
> Pada hari itu, selepas pulang dari
> kebun menghantar emak ke rumah, Amid menunaikan solat
> Asar. Selepas selesai, dia akan
> menunggang motosikal buruknya ke kebun untuk menghalau
> kambing dan lembu masuk semula ke kandang.
> Ketika itu, langit sudah gelap. Kilat mula memancar
> diiringi dentuman guruh. Menurut cerita kakak saya, Mek,
> Amid berada di kandang sehingga pukul 6.00 petang.
>> Mek nampak Amid menghalau lembu kambingnya sebab rumah Mek
> dekat saja dengan kandang haiwan itu.
> Kira-kira pukul 6.15 petang, hujan mula turun dengan lebat.
> Kakak saya, Mek, Jah bersama adik saya, Nor dan Ana sedang
> berada di rumah mereka pada waktu itu.
>
> Apabila hujan lebat turun dan guruh serta petir
> sabung-menyabung, mereka sangkakan Amid sudah pulang ke
> rumah emak.
>
> Jadi mereka langsung tidak memikirkan tentang Amid kerana
> menyangka Amid sudah pulang ke rumah sebelum hujan turun.
>> Tiba-Tiba.
> prangggggg. tuuuuummmmt!
>
> Dentuman serta panahan petir yang teramat kuat itu
> membuatkan Mek, Jah, Nor dan Ana terperanjat.
>
> Panahan petir itu turut membelah
> beberapa batang pokok pisang yang ditanam di belakang rumah
> serta merobekkan dinding dan pintu bilik air rumah Mek.
>
> Pada masa yang sama, emak yang sedang berada di halaman
> rumahnya kira-kira dua kilometer dari rumah Mek, turut
> terperanjat mendengar bunyi dentuman petir itu.
>
> Darahnya berderau. Lutut emak
> tiba-tiba saja jadi lemah. Dirinya terasa seperti di
> awang-awangan.
>
> Tiba-tiba mulut emak terpacul kata kata,
>
> "Ya Allah. anak aku!"
>>
> Hati emak jadi berdebar-debar. Dia teringatkan Amid yang
> sedang berada di kebun.
>
> Emak tiba-tiba bimbang terjadi
> sesuatu yang buruk terhadap Amid.
>
> Kira-kira setengah jam berlalu, hujan semakin reda.
> Pancaran kilat dan guruh juga sudah sayup-sayup bunyinya.
> Tiba-tiba Mek teringatkan Amid.
>
> Dia menghubungi emak, tetapi kata
> emak, Amid masih belum pulang.
>>
> Mek mula rasa tidak sedap hati. Dia mengajak abang kami,
> Pok Yee untuk keluar bersama mencari Amid. Mereka berdua
> menuju ke kandang yang tidak jauh dari rumah mereka itu.
>
> Sampai di sana...
>"Ya Allah, adik akuuuuuu!!!"
>
> jerit Mek sebaik sahaja melihat
> Amid terbaring mengiring di bawah pohon sentul di depan
> kandang kambingnya.
>
> Mek memangku kepala Amid. Mek Jerit nama Amid beberapa
> kali,
> tapi Amid tidak lagi menyahut.
> Tubuhnya kaku.
>
> Cerita Mek kepada saya.
>
> ketika itu dia melihat darah
> mengalir laju keluar dari telinga Amid. Kesan lukanya pula
> seperti terkena tembakan peluru. Dari waJahnya, sehingga ke
> paras dada, menjadi hitam kesan terbakar.
> Amid dibawa ke hospital dengan hantuan seorang jiran dan
> disahkan sudah meninggal dunia.
>
> Ketika menunggu hospital
> membenarkan kami membawa pulang jenazah Amid, Mek pun
> bercerita kepada kami bagaimana dia melihat sesuatu yang
> agak pelik pada mayat Amid ketika dia mula-mula
> menjumpainya.
>
> Cerita Mek,
>
> mayat Amid dijumpainya terbaring
> mengiring menghadap ke arah kiblat dan kedua-dua tangannya
> pula dalam keadaan kiam.
>
> Lazimnya seseorang yang dipanah petir, tercampak dan
> keadaan anggota badannya tidak teratur. Tetapi ini tidak,
> mayat Amid seolah olah dibaringkan dan tangannya dikiamkan
> ke dada.
>
> cerita Mek kepada kami lagi.
> Pagi Jumaat 8 Oktober 2004
>
> PAGI itu, suasana pilu menyelubungi rumah kami. Mayat Amid
> terbujur kaku diselimuti kain kapan di ruang tamu.
>
> Saya termasuk beberapa orang adik-beradik dan orang kampung, sibuk menguruskan urusan
> pengebumian Amid.
>
> Di sekeliling mayat, kelihatan saudara-mara memenuhi ruang
> rumah, termasuk orang-orang kampung membacakan surah
> Yasin. Setelah solat jenazah, mayat Amid
> dibawa ke perkuburan. Sebaik selesai urusan pengebumian,
> azan solat Jumaat pun berkumandang.
>> Sehari selepas Amid dikebumikan, saya ke kuburnya untuk
> membacakan surah Yasin.
>
> Saya tiba di tanah perkuburan
> kira-kira pukul 9.00 pagi. Ketika sedang khusyuk membaca
> Yasin.
>
> tiba tiba saya terdengar suara
> burung berkicauan di atas pokok-pokok di kuburan itu.
>
> Pada mulanya saya tidak hiraukan kicauan burung-burung
> tersebut. Tetapi lama-kelamaan, saya dengar bunyi kicauan
> itu semakin kuat dan rancak.
>

> Saya pun mendongak, kelihatanlah
> sekumpulan burung sedang terbang berpusing dan galak
> berkicau.
>
> Mula timbul rasa pelik dalam diri saya sebab sewaktu
> mula-mula sampai ke tanah perkuburan, langsung tidak nampak
> kelibat seekor burung pun.
>
> Saya menyambung kembali bacaan sehingga tamat.
>
> Anehnya, sebaik saya habis membaca
> surah Yasin, bunyi kicauan burung itu hilang
> serta-merta. Apabila saya mendongak, saya dapati
> sekawan burung yang berterbangan tadi juga sudah ghaib entah
> ke mana.
>> Serentak itu saya terbau saw haruman yang tidak pernah saya

> rasai sebelum ini. Baunya amat harum.
>
> Saya mencari cari dari mana
> datangnya bau harum itu, mungkin dari orang lain yang
> berkunjung ke kawasan perkuburan itu, tapi saya tidak
> menemuinya. Tiada orang lain di kawasan perkuburan itu kecuali saya.
> Saya kemudian meninggalkan pusara Amid, sedang di dalam
> kepala masih terfikir-fikir tentang kejadian pelik sebentar
> tadi.
>
> Apabila pulang ke rumah emak, tambah memeranjatkan, apabila
> saya terbau haruman yang sama di dalam bilik Amid. Saya
> masuk ke biliknya dan mendapati bau tersebut datangnya dari
> sudut bilik tempat Amid sering bersembahyang.
> Subhaanallah! Itu saja yang mampu saya katakan dalam hati.
>
> Bukanlah tujuan saya untuk bercerita tentang kebaikan adik
> sendiri atau bertujuan untuk berbangga, riak dan
> sebagainya,
>
> tetapi bagi keluarga kami, Amid
> menjadi contoh seorang anak yang begitu taat kepada ibunya.
> Dan kisah ini ingin saya kongsikan bersama sebagai satu
> pengajaran buat kita semua.
>
> Setiap kali saya terbaca kisah-kisah sadis dan kejam
> seperti kejadian anak membunuh ibu, atau anak sanggup
> menghantar ibu bapa ke rumah jagaan orang-orang tua di
> akhbar atau majalah,
>
> pasti saya akan teringatkan sikap
> Amid. Biarpun Amid sudah pergi meninggalkan kami hampir lebih dua
> tahun lamanya, namun apabila saya terkenangkannya, saya akan
> menitiskan air mata. Sedih dan terharu apabila mengenangkan
> pengorbanan Amid terhadap emak.
>
> Namun, dalam sedih, ada terselit di hati saya rasa gembira.
> Sikap taatnya kepada ibu, dan peristiwa pelik yang berlaku
> pada Amid ketika kematiannya, membuatkan saya yakin, itu
> adalah petunjuk dari Tuhan, sebagai balasan buat seorang
> anak yang telah mengabdikan
> diri terhadap ibu sehingga ke akhir hayatnya.
>> "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada
> kedua-dua ibu bapanya;
>
> ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal
> mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan
> susunya ialah dalam masa dua tahun;
> (dengan yang demikian)
> bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua-dua ibu
> bapamu;
>
> dan (ingatlah), kepada Akulah
> jua tempat kembali (untuk menerima
> balasan)".
>>
> - Surah Luqman ayat 14.

Saturday, February 27, 2010

Friday, February 26, 2010

PUJAAN HATI

Hei pujaan hati apa kabarmu
Ku harap kau baik-baik saja
Pujaan hati andai kau tahu
Ku sangat mencintai dirimu
Hei pujaan hati setiap malam
Aku berdoa kepada sang Tuhan
Berharap cintaku jadi kenyataan
Agar ku tenang meniti kehidupan

Hei pujaan hati, pujaan hati
Pujaan hati, pujaan hati

reff:
Mengapa kau tak membalas cintaku
Mengapa engkau abaikan rasaku
Ataukah mungkin hatimu membeku
Hingga kau tak pernah pedulikan aku

Cobalah mengerti keadaanku
Dan cobalah pahami keinginanku
Ku ingin engkau menjadi milikku
Lengkapi jalan cerita hidupku

*
Hei pujaan hati, pujaan hati

Hei pujaan hati setiap malam
Aku berdoa kepada sang Tuhan
Berharap cintaku jadi kenyataan
Agar ku tenang meniti kehidupan

Diari Seorang IBU

25 Mei 2009
Today is my birthday...happy sangat sbb my husband awal2 pg dah
wish...kwn2 pejabat...along, imran my nierce...siap call kat opis tu
nyanyi2...ptg lepas opis hour...husband ajak pi pizza hut kat rawang...tp
aku rasa mcm jauh sangat..dia pun penat baru abis final exam...so kami
mkn kat tg malim je..

26 Mei 2009
bangun pagi je...time nak mandi...aku tgk ada darah...mcm 1st day
period...masyaAllah ...aku baru je masuk 32 miggu pregnant (8
months)...gelabah2 call along tp tak angkat...call my sister in law..(x
nurse)..dia advice suruh pi hospital...check up..takut uri dok bwh...so
aku bergegas ke klinik kesihatan... staff nurse scan...(dr.kursus masa tu
katanya)...tak de pape...baby ok...uri dok atas...semua ok...diaorg tak
leh detact...aku check pad....still ada darah...so aku ditolak ke
Hospital slim river...so bermula le kisah aku berkampung di
hospital...dan sejarah masa mengandungkan husna berulang lg...lg sekali
aku naik ambulans...terus ditahan di labour room..merasa le di
seluk..dikorek. ..papsmear. ..sakitnya hanya ALLAH yg mengetahui..

27 Mei 2009
masih di tahan di wad...tp darah tak keluar lg...mak n bpk bergegas ke tg
malim dari air port...diaorg baru je balik bercuti dari Indonesia ... ambik
husna, bwk baik tg karang

28 Mei 2009
aku dibenarkan keluar....baby aku ok...bledding dah tak de...cuma kena
refer hospital untuk check up seterusnya oleh dr pakar...cuma dr bg
pilihan sama ada aku nak operation or normal delivery...aku nak cuba
normal...tp husbang aku prefer operation... tak sanggup tgk aku sakit
bersalin lama mcm masa bersalin Husna dulu

29 Mei 2009
berehat di rumah....baru bgtau husband...still bledding...tp aku thik
positive...tak de pape kot...panas je bdn...ptg tu, balik tg karang jumpa
Husna...rindu sangat kat dia

30 Mei 2009
duduk rumah mak...lepak2. ..ptg tu bwk husna jln2...

31 Mei 2009
still bledding...tp gagahkan diri berjln ke Tesco Kuala Selangor...untuk
final shopping barang baby...beli tilam kekabu untuk baby...untuk
dipadankan dgn katil baby yg aku beli dari B, still bledding...sakit2 dah
kat ari2....tp gagahkan diri untuk berjln...ptg pkl 5 bertolak balik ke
tg malim..masih sakit...

lepas drop adik aku rizal kat komuter rawang...sakit masih menyucuk
nyucuk...singgah klinik nabilah untuk scan....kepala baby dah masuk
lubang...tu yg buat aku sakit2...balik rumah, mkn2...siapka brg untuk
antar husna ke nursery....sakit kat ari2 merebak ke pinggang.... ooo...ini
dah lain mcm...aku bgtau husband, terus aku di bawa ke hospital...husna
aku tinggalkan kat rumah pengasuh dia...dan bermula le...kisah aku....

1 June 2009
aku disuntik ubt matangkan paru2 baby...kerana, baby aku baru berusia 33
minggu 4 hari...di suntik juga ubt penahan sakit...tak bg bersalin
lg...rupanya, aku dah nak bersalin...dah buka 2 cm...dr cuba suntik ubt
kat aku, tak nak bg bersalin lg...sakitye ALLAH je yg tahu...tp demi
baby, aku tahan w'pun aku dah nangis2 masa disuntik tu...esok
pg...constraction tak kerap sangat...so aku ditolak ke wad
bersalin...menjelan g mlm..sakit tu dtg lg...makin kerap...n kerap...n
kerap....nurse check...dah buka 4 cm...makin kerap sakit...di check lg
dah buka 6 cm..terus di tolak semula ke labour room

2 June 2009
sakit....makin sakit...n sakit....dah buka 10 cm...husband aku dtg
menemani aku...push.. ..push... .aku teringat pesan along..push masa rasa
sakit je...ALHAMDULILLAH, senang sangat bersalin yg ini...aku selamat
bersalin dan ALHAMDULILLAH. ..aku dpt baby boy...sangat comel...iras muka
imran hakim anak along aku...aku sempat susukan dia...berat dia 2.22 kg
(33 minggu)...tp dia kena di bawa ke wad Special Care Nursery (SCN) untuk
check up lebih lanjut...aku happy sangat dpt baby BOY...bukan bermaksud
aku tak suka dpt Husna, tp aku gembira...aku dpt sepasang anak....

waktu lawat tgh hari, aku sempat jenguk anak aku di wad SCN...dr
mengesahkan, anak aku kena rawatan rapi...mungkin ada masalah paru2 or
jantung...tp tak sure lg...aku cuba think positive...mungkin sbb anak aku
dilahirkan pramatang... tu sbb dr ckp mcm tu...

3 June 2009
aku jenguk anak aku sorang2 kat wad SCN...masih berwayar...dr. pakar
kanak2 mengesahkan kat aku...yg anak aku berkemungkinan menghidap
penyakit jantung berikutan ada bunyi di dadanya...mungkin akan di refer
ke IJN untuk imbasan jantung...Ya allah...aku sangat risau n susah
hati...aku cuba untuk perah susu aku...untuk bg kat anak aku...tp belum
ada susu..aku cuba...tanpa putus asa...aku dah boleh discharge dari wad
bersalin...tp kena duduk di Wad SCN untuk menemani anak aku...atas
perbincangan bersama...suami aku memberi nama pd baby kami...Qaid
Ahmadinejad yg bermaksud-Pemimpim/ ketua yang berani menegakkan
kebatilan...

4 June 2009
kami membawa Qaid ke IJN untuk imbasan jantung...Dr. pakar di
sana..mengesahkan yg anak kami menghidap penyakit jantung berlubang (tp
kecil) dan injap jantung tersumbat... .aku ttp tabah menghadapi dugaan
ALLAH ini..aku cuba untuk think positive..selagi ada jln, selagi tu kami
akan usaha...janji Qaid sihat...seperti kakaknye Qaisara Husna...Dr.
pakar mengesahkan 15 June ini anakku akan di tahan di IJN...untuk minor
operation

5 June 2009
Qaid dah dibenarkan untuk terus menyusu bdn denganku...susuku pun semakin
banyak...ALHAMDULIL LAH....moga dgn susu ku ini..dpt menyihatkan tubuh bdn
Qaid...dan aku tak putus2 berdoa...

6 June 2009
Qaid ditukarkan ke wad biasa...buka ICU lg...ini satu pembaharuan. .tp
masih dipasang ubt IV Prostaglandin iaitu sejenis ubt jantung....n aku
boleh meneruskan tugasku sebagai seorang ibu...dpt menyusukan dia seperti
biasa...

7 June 2009
Qaid berasa selamat setiap kali aku
mendukungnya. .berzikir. ...beratib. ...makin sihat...

8 June 2009
lagi 5 hari untuk dibawa ke IJN....5 more days my darling!!... sabar ye
sayang ibu...bertahan ye...

9 June 2009
siang mlm aku habiskan masa di sisi Qaid...

10 June 2009
aku rindu kat Husna...tp aku tak perlu risau...Husna dah cerdik...dah
boleh berdikari... Qaid perlukan ibu lg dekat disisinya... .kakak kena
mengalah ye sayang...

11 June 2009
Qaid makin sihat....berak kencing normal mcm baby lain...aku menjadi
penghuni senior di wad SCN...org lain keluar masuk...aku masih ttp di
sini...tak pe...demi anakku...aku rela berpantang di hospital

12 June 2009
mak suruh aku perah susu banyak2...tinggal untuk Qaid...pg2 suamiku dtg
ambik untuk balik..bertungku. ..mkn nasi panas...n etc...tp aku
tolak...tak sanggup tinggalkan anak aku pg2....biarlah aku tak berapa
sempurna berpantang.. ..janji aku ttp berada di sisi anakku...

13June 2009
2 more days sayang....bertahan ye

14 June 2009
aku sangat happy hari ni....aku esok aku akan ke IJN...balik rumah tgh
tu...packing brg

15 June 2009
Hari yg dinanti-nantikan. ...pg lg aku dah mandi, bersiap...susukan Qaid
kenyang2..sbb aku akan bawa Qaid ke IJN...

on the way ke IJN, Dr.caroline dari Hospital SLim River telefon,
mengatakan yg nama anak aku tidak di refer ke wad IJN...bg aku ini satu
petanda...kenapa berliku liku perjalanan anakku ini...kenapa diaorg
careless menjalankan tugas....aku n suami dah uruskan pembayaran anakku
untuk di tahan di wad...17 June akan di operation... kenapa diaorg ni
teruk sangat...pasal apa susahkan anak aku...berapa lama lg anak aku akan
bertahan???? aku nangis tak tentu arah....for the 1st time semenjak anak
aku sakit...aku menangis sebegini teruk....

16 June 2009
atas usaha Dr. Ahmad, Dr pakar kanak2 hospital slim...Qaid dpt juga di
bawa ke IJN..tp untuk check up...sama ada boleh di operation atau
tak...selepas di Check oleh Dr. Haifa(Dr pakar jantung IJN)...dia ckp
Qaid kena tunggu berat naik dulu baru diaorg confident untuk
operation... sbb Qaid masih kecil...urat2 dia masih halus...takut terkoyak
bila di operation... so aku kena bwk balik slim...untuk tunggu kg dia
naik...Dr. ahmad bantu aku n husband...dia order 1 serbuk soya n minyak
MCT oil...yg selalunye dia beri kepada baby2 untuk naikkan kg...kalau
tanpa bantuan2 semua tu...kemungkinan anak aku naik kg adalah dlm masa
sebulan....so lepas di beri beda2 tu...kg Qaid akan naik dlm masa 2
minggu...bermula le episod duka dlm hidup aku...Qaid tak dibenarkan
menyusu terus dgn aku...alasan : nanti dia penat..kg dia lambat
naik...aku kena perah susu...dan anak aku diberi minum melalui
tiub...sangat sedih sbb dia mencari2 susu aku...aku cuba juga untuk bg
curi2....tp tiub tu menyebabkan dia tak selesa...

17 June 2009
masih meneruskan usaha memerah susu untuk Qaid...aku kena sediakan 42 cc
susu aku...every 3 hours...

18 June 2009
susu untuk Qaid dinaikkan ke 44 cc...tanpa Qaid breast feed
dgnku...susuku tak berapa banyak keluar...sangat buat aku susah hati

19 June 2009
berat Qaid naik ke 2.395 kg...ALHAMDULILLAH

20 June 2009
susu untuk Qaid dinaikkan ke 48 cc...Ya ALLAH...permudahkan lah urusan
kami...perbanyakkan le susu ku..demi kesihatan anak ku Ya ALLAH!!!

21 June 2009
susu untuk Qaid dinaikkan ke 50 cc...aku cuba minum air banyak....mkn
lobak putih...minum susu anmum...minum sangat banyak...takkisah kalau
urat aku kembang atau perut aku buncit...demi Qaid...aku rela...Demi
kesihata anakku

22 June 2009
masih di Wad SCN...menemani annakku...makin tembam...makin chubby...pg ni
bila ditimbang berat....berat Qaid naik ke 2.44
kg....alhamdulillah ...Qaid.. .bertahan ye...4 kg lg sayang...

23 June 2009
susu Qaid dinaikkan ke 55 cc bersamaan 2 auns...aku tak putus asa..terus
memerah susu setiap 3 jam sekali...demi annakku...Qaid Ahmadinejad

24 June 2009
pg ni, Qaid masih aktif mcm biasa....nangis bila disalin pampers...tp dia
mmg baik..tak banyak ragam...tak kuat nangis mcm baby lain...senang
jaga..senang bersalin...

11.30 pg- aku baru perah susu Qaid...tgh tunggu nak bg susu...tiba2, SP02
(deyutan nadi) dia menjunam dari 90 lebih ke 5..aku jerit panggil staff
nurse....terus refer dr....dr buat CPR pada annak ku yg masih kecil
ini...terus dia nangis mcm biasa....

tgh hari tu, Qaid di masukkan ke ICU baby....katil mula2 dia
lahir...untuk pemerhatian rapi...

aku dimaklumkan oleh Dr., sekali lg perkara ni terjadi masa aku mkn
tgh...dan dr buat CPR lg pd anakku...dan mereka mengambil keputusan untuk
memakaikan Qaid oksigen untuk bantuan bila dia berhenti bernafas lg...aku
sangat risau..Ya ALLAH...selamatkan lah ANAKKU...jauhi le dia dari
bahaya...sembuhkan lah anakku ya ALLAH

ptg tu perkara ni jadi lg buat kali ke 3...3 kali mereka membuat CPR ke
atas anakku...

25 June 2009
aku tak nak tinggalkan Qaid...tp staff nurse suruh aku rehat...suruh
tido..diaorg ada tunggu Qaid katanya...aku pun tido di bilik sebelah
anakku...menjelang pkl 3 pg, nurse kejut aku...bgtau suruh perah susu...n
di maklumkan perkara siang td jd lg sekali...dah aku tak tido terus
bermula pkl 3 pg itu...untuk menemani anakku....aku takut perkara tu
terjadi lg...aku dimaklumkan oleh dr., CPR dah diber sebanyak 4 kali
untuk anakku...dan itu tak bagus untuk seorang baby...jika dia survive
pun...katanya, kemungkinan dia akan cacat...sbb oksigen dia kurang...dia
tak lawan...dia bergantung pg oksigen tu..aku risau...sangat risau

pkl 8 pg-
perut Qaid membesar...dr mengesahkan ada kuman di perutnya...tak tau
punca dari mana...aku bingung...kenapa tidak terjadi pd baby2 org
lain..kenapa anakku....Qaid sakit jantung...kenapa tak jd kat baby2 yg
sihat2 yg lain...kenapa mesti anakku yg kena..Qaid di suruh
berpuasa...tak dibenarkan menyusu..masuk 2 hari aku tak dengar suaranya
semenjak di pakaikan tiub oksigen itu...ya ALLAH...ujian apakah yg KAU
uji terhadapku.. ..adakah kerana dosa2ku yg lalu perkara ni di uji ke
atasku..kenapa mesti anakku yg menjadi mangsa??kenapa ya ALLAH....Qaid
menangis tak dengar suara...tp hanya air mata yg keluar yg sangat
menghibakan hati ku....

menjelang ptg..aku minta untuk balik kerumah sebentar...untuk rest, pkl
8, dr caroline call...suruh aku n husband ke hospital segera...

kami disahkan yg tekanan darah anak sangat rendah....sebarang kemungkinan
bakal berlaku...dan kami di benarkan duduk menemani anak kami...masuk 2
mlm aku tak tido ...aku sangat takut...takut dia pergi tanpa ibunya di
sisi....Qaid. .bertahan nak...bertahan sayang...ibu ada teman Qaid...

26 June 2009
pg Jumaat....aku tak tido semalaman, menemani Qaid...aku sangat takut
dengan sebarang kemungkinan yg bakal berlaku...aku tak mkn, tak
mandi...terus menemani Qaid...sampaikan kwn2 yg dtg menjenguk kami di wad
itu pun aku tak pedulikan..aku tak nak berganjak walaupun sekejap...aku
takut Qaid pergi meninggalkan aku bila aku tak de disisinya... aku nak
sentiasa menemani anakku...puas di pujuk oleh suamiku untuk berehat
sebentar, tp aku tak peduli...aku tak nak...

menjelang tgh hari, Dr. Caroline memberitahu kami...anak kami sangat
lemah...bergantung sepenuhnya pd mesin oksigen..dia tak fight langsung
katanya...dlm hatiku..mcm mana dia nak fight, kalau di cucuk ubat
bergelen gelen...babyku pramatang... masih dlm hari..mana dia mampu n
sanggup menanggung bergitu banyak antibiotik yg masuk ke bdnnya...even
org tua sekali pun tak sanggup terima...babyku masih kecil..antibody dia
sangat lemah!!!!Dr caroline berkata..."BERSIAP SEDIA DGN SEBARANG PERKARA
YG BAKAL BERLAKU....KAMI CUBA SELAGI TERMAMPU, EVEN QAID SURVIVE PUN,
KEMUNGKINAN DIA MENGALAMI KECACATAN... aku tak kisah, cacat ke...sumbing
ke walau mcm mana pun anakku alami, aku terima...aku bela dia...aku tak
sanggup dia tinggalkan aku...

tp aku tak nak tunjuk kesedihan aku depan suamiku, aku hanya mampu
berkata pd suamiku 'BANG, APA PUN YG BAKAL TERJADI..KITA REDHA"...w'pun
mulutku berkata bergitu...hati ku menafikannya. ...Qaid.. bertahan
nak...ibu ada teman Qaid

bpk dan ibuku dtg melawat...membawa bekalan untukku, airmata ku tak mampu
bertahan.... aku nangis sepuas puasnya...aku meluahkan apa y terpendam di
hatiku pd kedua org tuaku...ibuku hanya menasihatiku,
berdoa...berdoa. ..pelbagai surah diberi utukku lafazkan di ubun2
anakku...di telinga anakku...bpkku berkata, sabar...ini dugaan
allah...alah nak uji awak...even anak awak cacat sekali pun, kalau awak
dan azrol tak mampu nak bela, kami sanggup bela....beri pd kami...bpk,
mak...mulia sungguh hatimu....

aku ttp menunggu...dan menunggu di sisi anakku...sayang, ibu ada di
tepimu..menemani Qaid...Qaid jgn bimbang...ibu ada...Qaid jgn takut...ibu
teman Qaid...tp hati seorang ibu, tak sanggup tgk anaknya di perlakukan
sedemikian rupa..diinject sana sini....tak cukup kaki tangan, betisnya
pula di cucuk...di ambil darah..Dr.ckp, puan, darah anak puan tak
cukup....aku rela mereka menambah darahku....ambil le sebanyak
mana...asalkan anakku selamat...

ptg, Dr. pakar kanak2 dtg menjenguk... dia memaklumkan pd kami...kuman itu
dah merebak ke ginjal anakku...anakku tak kencing..tak berak..perut makin
membesar...kulit makin menipis..merah2 dah ketara di bahagian perut...ya
allah....aku bermohon kepadamu...aku REDHA kau ambil nyawa anakku..jg lah
di biarkan anakku di seksa sedemikian rupa...jika ada kesalahan ku,
kesalahan suamiku...biarlah kami yg menanggung dosa yg kami
lakukan...tetapi jgn le anakku yg menjadi mangsa...aku bagaikan hilang
pedoman....hilang kewarasan... pabila melihat anakku sedemikian rupa...

Dr. pakar membuat keputusan untuk di adakan minor operation untuk menebuk
sedikit lubang di perut anakku...untuk melihat sama ada ususnya telah
pecah (yg mengakibatkan perutnya membesar) atau asid...atau dpt
mengurangkan kekembungan bayiku itu...

aku terus berada di sisi Qaid...membaca ayat2 suci, pelbagai doa...untuk
kekuatan anakku...aku menjadi kuat semangat, berfikiran positif..yg
anakku bakal sihat kembali..selagi ada cara...selagi tu aku terus
berfikiran positif..aku tahu anakku kuat...jika ibunya kuat...air susu yg
mengalir pd anaknya membuatkan anaknya menjadi kuat...aku terus berada di
sisi Qaid, dia memberi respond padaku...kakinya diangkat-angkat. .aku
terus mengusap pipinya...aku lihat airmatanya mengalir...matanya
terbuka...rupanya dia menangis...aku usap lg pipinya..mulutnye bergerak
gerak...rupanya anakku lapar..dia nak susu...bila ku suarakan pd
nurse...Dr. tak bg, anakku kena puasa...sedihnya la hatiku..hibanya
rasa...Qaid. ..ibu tak berdaya sayang....adik sakit...kalau ibu bg
juga...nanti perut adik tak leh menerima...ibu tak mampu sayang...

menjelang mlm...pkl 10.30, sebelum Dr. Ahmad dtg, anakku putus nafas
sekali lagi...Dr. Sumi membuat CPR pada anakku...aku terus keluar dari
wad NICU itu kerana tak sanggup melihat...sedangkan org tua pun di buat
CPR kita rasa sakit..inipula baby kecil...dlm hari..masih dlm pantang..ya
ALLAH...berilah kekuatan pd ku...suamiku terus membaca yassin di sisi
anakku...jantungnya semakin lemah..tekanan darah mula tak stabil...CPR yg
di lakukan kali ini...begitu lama di bandingkan dari hari2 sebelum
ini...bila keadaan dah stabil, Dr. Ahmad terus membuat minor operation pd
anakku...kemudian. .setelah selesai, dr. ahmad menunjukkan pd
suamiku...bahawa. ..usus anakku elok, yg keluar hanya darah dan air
sahaja...aku bersyukur... bersyukur kerana tiada apa2 yg berlaku pd organ
anakku...

selepas Dr. Ahmad membuat minor operation pada anakku...anakku putus
nafas sekali lg...Dr. Ahmad dan Dr2. yg lain terus membuat CPR pada
anakku..aku tak masuk ke bilik itu...tp terus melihat dari
luar...kemudian, dr. sumi dtg kepadaku...MAK. ..TAK NAK MASUK KE
TGK??...aku ckp...nanti Dr., saya tak sanggup tgk anak saya dilakukan mcm
tu...tak sampai hati...

kemudian...aku lihat, suamiku menangis...menangis tak henti henti...aku
terus berlari ke arah suamiku...kemudian aku duduk di sisinya...Dr. Ahmad
dtg kepadaku...dia ckp, KITA DAH BUAT CPR PD BABY SEBANYAK 6 KALI...TAK
ELOK UNTUK BABY, DIA SEMAKIN LEMAH...KITA CUBA SEDAYA UPAYA...TP DIA TAK
RESPOND...IBU BOLEH CUCI TANGAN...DUDUK DEKAT ANAK...BOLEH PEGANG
DIA...aku terus membasuh tanganku...dan aku ttp mengatakan pd
suamiku...BANG, KITA REDHA...REDHA DGN UJIAN ALLAH...kemudian, aku terus
pergi pada Qaid....mencium dia tanpa henti...melafazkan kalimah syahadah
padanya...membaca ayat2 lazim pdnya...membaca doa nabi yunus
pdnya...kemudian. .aku tgk Dr. terus menanggalkan mesin dan wayar2 yg
melekat di bdnnya...kenapa Dr???Dr. ahmad terus menggeleng.. .Ya
ALLAH....Qaid. ..anak ibu, kenapa tinggalkan ibu..ibu tak sanggup
nakkkk....aku seperti hilang akal...hilang kewarasan aku....Qaid. ...ibu
sayang Qaid...kena tinggalkan ibu sorang2..ibu tak sanggup
nak...Qaid.. kenapa kuman tu kena kat Qaid..kenapa tak pd budak2 lain yg
sihat2...anak ibu sakit jantung...kenapa anak ibu yg kena...Ya
ALLAH.....kenapa ambil anakku dari ku..kenapa tak ambil aku
sekali???Qaid. ........

aku terus pengsan....lemah. ...adakah ini hanya mimpi...adakah ini hanya
gurauan semata mata...Ya ALLAH....berat sungguh ujian mu ini....aku tak
mampu untuk berkata apa..hanya air mata yg mengalir tanpa henti...berat
sungguh ujianmu ini ya ALLAH...berilah aku kekuatan ya ALLAH...

suamiku mula menelefon ahli2 keluarga kami...memberitahu ttg berita pahit
ini...ramai yg cuba menghubungi ku...tp aku begitu lemah untuk
menjawab..terlalu pahit dugaan ini...ibu mana yg sanggup berpisah dengan
anaknya...tiada sapa yg mampu berada di tempatku ini..

menjelang pkl 1.30 pg..kakak iparku (kak ida) dan abg wan sampai...aku
terus terusan menangis...tak sanggup rasanya menerima hakikat
ini...adakah aku bermimpi...atau ini hanya mainan tidurku...ku cubit
cubit lenganku..ku ketuk ketuk kepalaku...betulkah semua
ini...ya...hakikatn ya mmg benar....ini adalah realiti..bukan mimpi...aku
harus menerima dugaan ini dengan tabah...tp aku menafikan... aku
redha....tp aku tak sanggup meniti hari-hari berpantang aku tanpa Qaid di
sisi..mcm mana keadaanku nanti..ya allah...kuatkanlah semangatku.. aku
begitu lemah sekali...

Jenazah Qaid dikafankan di hospital...sebelum kami berangkat ke rumah
mayat, aku dibenarkan untuk melihat jenazah anakku...Ya ALLAH...anakku
seperti tidur...senyuman dibibirnya.. ..begitu comel wajah anakku..begitu
tenang sekali dia pergi dijemput ilahi...Ya ALLAH...besarnya rahmatmu
ini...aku bersyukur... anakku pergi meninggalkan aku...aku sayang
padanya...tetapi ALLAH lg menyayangi nye...aku tak perlu khuatir...Qaid
akan dijaga oleh ALLAH..walaupun aku tak sanggup menerima dugaan
ini...aku REDHA Qaid pergi...aku cium..cium.. cium jenazah anakku tanpa
henti...

sebelum kami berangkat dari wad SCN...aku peluk rakan2 kenalanku di wad
itu...moga dugaan yg menimpaku ini..dijadikan sebagai kekuatan diri
mereka agar jgn mengeluh menjaga anak mereka yg sedang sakit di wad
itu...sempat aku berpesan...kuatkan lah semangat korang...aku tak pernah
berputus asa berusaha menyembuhkan anakku Qaid...sehingga nyawanya di
jemput ALLAH...aku kuatkan semangatku.. .dari mula aku menerima berita
Qaid sakit...sampai le ke hujung nyawanya...aku tak pernah mengabaikan
dirinya...meninggal kan dirinya kesorangan.. .jdkanlah kisah aku sebagai
kekuatan korang....

ku lihat..semua staff nurse menangis...dr. sumi pun begitu..aku ucapkan
terima kasih di atas layanan mereka sepanjang aku dan Qaid berada di
bawah jagaan mereka..

ku turut anakku sehingga ke rumah mayat...di mandikan
jenazah...dikafanka n..semua dilakukan oleh suamiku....aku begitu
lemah...adik2ku menangis tersedu sedu kesedihan pabila melihat jenazah
sekecil itu...begitu suci...tersenyum. ..putih bersih...ya ALLAH...berilah
kekuatan ke atas ku....rahmatilah pemergian anakku ini ya ALLAH

menjelang pkl 2 pagi...kami sampai di rumah...mak dan mak mertuaku, adik2
iparku telah menyiapkan segala kelengkapan. ..jenazah anakku diletakkan di
atas tilam kekabu yg ku beli khas untuknya...untuk dipadankan dengan
katil baby yg kubeli dari B, sayu hatiku....sayu sangat...melihat segala
pakaiannya.. kelengkapannya. ..yg tak pernah di usik..dipakai lg...mcm mana
agaknya diriku nanti...mengadap segala brg2 keperluan Qaid...mak
menangis...begitu juga mertuaku...aku begitu lemah...aku baring di
sebelah anakku Husna...ku peluk anakku...husna, hanya tinggal husna
sebagai kekuatan ibu meneruskan kehidupan ibu...husna jd anak yg baik
ye...adik husna dah takde...husna tak sempat tgk Qaid...hibanya rasa
hatiku ya allah...

along sampai, terus mengurut bdnku...urut kepala ku..urut
kakiku...kemudian, dia menyertai ahli keluarga yg lain..mengaji untuk
jenazah anakku...

suamiku membuat keputusan untuk menyemadikan jenazah anak kami di tanjung
karang...bpk menguruskan segala keperluan di tg karang dengan wak
leman...kemudian, mak, ajip, ijal along n family meneruskan perjalanan ke
tg karang...aku dan yg lain2 akan bertolak selepas subuh...menunggu ahli
keluarga suamiku dari kedah..

sesudah subuh, kami bersiap..hatiku pilu..hiba.. .pabila merasa susuku
bengkak..bengkak sangat...ya ALLAH...Qaid haus....Qaid nak susu...aku
memerah susuku tanpa bantuan pam, begitu banyak susu ini...tapi aku
ralat...Qaid tak sempat menyusu buat kali terakhir...hiba sungguh
hatiku...ibu mertua ku memelukku n menenangkan hatiku...aku pilu..pilu
bila melihat jenazah anakku di hadapan mataku...betul. .ini bukan
mimpi..tp kenyataan..aku harus hadapi...husna bangun dari tidur,
eh...adik dah balik....eh adik tidur???kakak. ....adik kakak dah tak
de...terlalu pahit air liurku untuk memberitahu husna bahawa adiknya
telah di jemput ilahi...paham kah dia ttg kehilangan adiknya??

kemudian...selepas subuh, selepas kehadiran jiran2 tetanggaku melihat
jenazah....kami bertolak ke tg karang...sedih hatiku bila melihat
satu-satunya kawanku dtg...B, anak aku dah takde...anak aku dah dijemput
ilahi...tinggal aku sorang b....B peluk aku, menenangkan
hatiku....sabar. ..sabar jie...ni semua dugaan allah...ko beruntung sbb
ada anak kau yg menunggu ko di syurga nanti...sedihnya hatiku menerima
hakikat ini....kemudian, dtg jiranku yg paling rapat denganku..kak mas,
aku peluk kak mas...kak mas, saya dah lama nak anak lelaki...tp sekejap
je allah pinjamkan pd saya...sabar jie...sabar. ..ini semua dugaan...air
mataku dah kering....dah kering untuk menangis lg...hati aku
pilu...hiba. sedih... tp air mataku tak mampu lg untuk keluar...

kami meneruskan perjalanan kami ke tg karang..sepanjang jln, tak
putus-putus sahabat2 n kenalan2 sms...mengucapkan takziah...antara
banyak2 sms yg aku terima...aku begitu tenang pabila membaca sms dari
ustaz nasir, rakan kerjaku di FSSK...JIE, QAID TU
KETUA...PEMIMPIN. ..INSYAALLAH, DIA AKAN MENGETUAI UJI DAN SUAMI DI SYURGA
NANTI...amin. ..amin.. .ya rabbal alamin..

Sampai di tg karang...aku disambut oleh along...aku diminta berehat di
dlm bilik...mak bg aku mkn...pahit sungguh air liurku ini...aku tak mampu
menelan apa2 sahaja....aku tak mampu....kemudian, rumah ayahku ini
dipenuhi oleh ahli keluarga..kenalan. .sahabat2 handai...kemudian, aku
diminta untuk mencium jenazah Qaid buat kali terakhir.... aku berjalan ke
aras jenazah...jenazah anakku seperti tidur....aku terlupa bahawa anakku
sudah meninggalkan aku...aku cium anakku...cium tanpa henti...kemudian,
secara tiba2...aku berzikir pd jenazah
Qaid...SUBHANALLAH. ..WALHAMDULILLAH ..WALAILA HAILLALLAH WALLAH HU
AKBAR...zikir yg selalu aku ratibkan pd qaid bila dia
menangis...mengigau ....ya allah...anakku hidup lg..dia cuma tido..tido
seperti hari2 biasa....tido selepas mandi..selepas di beri susu...ya
ALLAH...jgn ambil anakku....Qaid, ibu sayang Qaid..jgn tinggal kan ibu
nak..mcm mana keadaan ibu nanti tanpa Qaid....Qaidddddddd dddddddddd. ....

jenazah anakku di kebumikan di sebelah kubur arwah opah....betul2 di tepi
kubur arwah opah...aku bersyukur... .sekurang kurangnya Qaid tak
sendiri...nyang ada menemani Qaid..

Ya ALLAH, Aku REDHA di atas ujianmu ini...Aku REDHA ya ALLAH...kau
limpahilah rahmatmu ke atas roh anakku ya ALLAH...lindungilah Qaid ya
ALLAH....jagalah Qaid di sana ya ALLAH...lindungilah dirinya ya
ALLAH...berilah kekuatan ke atasku ya ALLAH...aku masih ada husna dan
suamiku, tetapi Qaid sorang2 di sana ya ALLAH...temanilah anakku ya
ALLAH....jgn dibiarkan dirinya kesorang ya ALLAH...selama ini aku tak
pernah biarkan dirinya kesorangan.. ..aku REDHA ya ALLAH...aku
REDHA....kerana kau lebih menyayangi anakku dariku...

Qaid, ibu sayang Qaid...sayang sangat kat Qaid..w'pun Qaid hanya
dipinjamkan sekejap kepada ibu...tp ibu bertuah sangat..dpt susukan Qaid,
jaga Qaid siang dan malam...cium Qaid tanpa henti...bacakan surah,
ayat-ayat lazim, doa dan zikir tanpa henti pada Qaid...Qaidlah anugerah
yg amat berharga pada ibu..w'pun hadirmu hanya sekejap nak...tp Qaidlah
anugerah yg tak ternilai dari ALLAH untuk ibu...tunggu ibu di syurga ya
nak..doakan ibu kuat, kuat mengharungi hari2 pantang ibu tanpa
Qaid...kesian kat kak husna nak...terbiar tanpa kasih ibu..bukan ibu tak
sayang pd kakak...tp ibu lemah...lemah dengan kehilangan Qaid...doakan
ibu ye nak...doakan ibu..semoga ibu kuat...ibu takkan lupakan Qaid...ibu
akan sentiasa mendoakan Qaid...begitu juga abah...kehilangan Qaid
merupakan satu tamparan pada ibu dan abah...ibu ingat ibu lg kuat dari
abah...tp rupanya ibu sangat lemah menerima berita ini....

Qaid...hadirmu adalah anugerah ALLAH yg tak ternilai pd ibu nak....ibu
sayang Qaid...ibu halalkan susu ibu...ibu minta maaf kalau selama ini
jagaan ibu pada Qaid tidak sempurna nak...ibu sayang Qaid...

QAID AHMADINEJAD 2 JUN - 26 JUN 2009-IN LOVING MEMORY